Logo senyum adalah untuk memberi gambaran bahawa tadika ini
menitikberatkan sifat peramah dan sentiasa tersenyum. Hal ini kerana senyuman
merupakan ubat bagi semua perkara. Nama ini adalah untuk kanak-kanak tadika ini lebih
mesra dan murah dengan senyuman sepanjang masa. Ini juga adalah kerana
pembudayaan di prasekolah yang mengamalkan senyuman dalam perbualan dan juga melatih
kanak-kanak supaya mereka lebih mesra dalam komunikasi harian mereka.
Logo yang memakai songkok pula adalah menggambarkan bahawa tadika ini juga
menitikberatkan tentang pendidikan agama untuk para pelajar. Pendidikan agama
perlulah diterapkan sedari awal agar mudah untuk para pelajar mengamalkannya
sehingga dewasa.
Tadika ini juga menggunakan motto ‘Bermulanya Di Sini’ sebagai platfom
untuk membentuk kanak-kanak yang boleh dianggap sebagai permata yang bernilai
untuk pembangunan sesebuah negara pada
masa akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan